Friday, August 6, 2010

KESAN KOKURIKULUM PADA PELAJAR


1)Dapat menyihatkan tubuh badan
~peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik dalam badan
~contoh:sukan rekreasi-bola jaring,sepak takraw,bola tampar
2)Mampu mengurangkan tekanan
~mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripad persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan tekanan
3)Memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat.
~mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berfaedah
4)Dapat menambahkan keyakinan diri
~suatu medan yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetahui sesuatu pertubuhan.Memberikan keyakinan terhadap kemampuan mereka
5)Menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya.

NIK NUR AMALINA BINTI NIK IBRAHIM
204422

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH KOKURIKULUM


1-MENYEDIAKAN SATU JADUAL LEBIH SISTEMATIK
-Pihak sekolah hendaklah menyusun penggunaan alatan mengikut waktu kesenggangan pelajar.
-Pelajar juga dapat mengunakan alatan sukan pada masa lapang mengikut jadual yang ditetapkan.
-Hal ini juga dapat menggalakan pelajar bersukan dan dapat menghidari pelajar daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
2-PIHAK KERAJAAN PERLU MENJADIKAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEBAGAI MATA PELAJARAN WAJIB
- Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum haruslah diambil kira dengan sistem sepuluh peratus dalam permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) .
-Hal ini mampu meningkatkan kadar penyertaan pelajar secara mendadak walaupun pendekatan ini kelihatan bersifat paksaan.
- Dengan ini, pelajar dapat membuang sifat memandang rendah terhadap aktiviti kokurikulum
3-PENGENALAN KEGIATAN KOKURIKULUM DALAM SISTEM PENDIDIKAN BAHARU
-Sistem pendidikan yang tidak hanya mementingkan akademik semata-mata
-Oleh itu,pelajar akan memberi tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
-contohnya, penglibatan seseorang pelajar dalam aktiviti kokurikulum diambil kira semasa seseorang itu memohon untuk kemasukan ke universiti.
4-MASALAH KEWANGAN MENJADI ALASAN PELAJAR TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM
- Peralatan dan pakaian seragam badan beruniform telah membebankan sebilangan pelajar yang kurang berkemampuan.
- Langkah yang paling sesuai bagi mengatasi masalah ini adalah melalui penyediaan insentif serta bantuan kewangan kepada pelajar yang memerlukannya
- Pelajar yang aktif juga boleh diiktiraf melalui pemberian elaun tambahan dalam bentuk biasiswa bagi menarik minat pelajar.

NOR FARAHANA
204552

CARA-CARA MENARIK MINAT PELAJAR



1-Pihak sekolah perlulah menjalankan pemantauan terhadap aktiviti kokurikulum dari masa ke masa.
>Pihak sekolah mestilah memastikan aktiviti yang dijalankan mestilah mendatangkan manfaat kepada pelajar.
>Tindakan ini perlu dilakukan kerana banyak aktiviti kokurikulum di sekolah dijalankan bagai melepaskan batuk di tangga
>Pelajar berasa kecewa kerana kegiatan yang dijalankan tidak menarik minat mereka.
> contohnya, pelajar datang ke sekolah hanya bermain bola sepak tanpa bimbingan secara sistematik.
2-Pihak kerajaan perlulah menekankan kepentingan penyertaan kegiatan kokurikulum dalam kalangan pelajar melalui pengenalan sistem pendidikan baharu.
>sistem pendidikan yang tidak hanya mementingkan akademik perlulah diperkenalkan supaya semua murid berminat untuk menyertainya.
>Pelajar akan memberikan tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
> contohnya penglibatan seseorang pelajar dalam bidang kokurikulum perlulah diambil kira semasa seseorang iu memohon untuk kemasukan ke universiti.
3-Pihak sekolah seharusnya menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab yang baharu yang sesuai dengan minat dan kemahiran para pelajar.
> pihak sekolah sepatutnya menjalankan kajian tentang minat pelajar terhadap jenis aktiviti kokurikulum.
> Berusaha untuk membentuk kelab atau persatuan demi kebajikan pelajar.
> Para pelajar akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang diminati.
> Contohnya, pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab komputer untuk pelajar yang meminati bidang teknologi maklumat
4- Pihak swasta boleh meringankan beban pihak kerajaan
> memberikan sumbangan untuk membaiki dan menaik taraf kemudahan yang diperlukan oleh kelab dan persatuan
> Hal ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan untuk dinikmati oleh para pelajar yang menyertai kegiatan kokurikulum.
> contohnya, pihak sekolah bolehlah membina gelanggang tenis yang baru untuk ahli kelab tenis yang semakin bertambah dengan menyumbangkan derma.

NUR FAUZANI BINTI MOKHTAR
204492

PUNCA-PUNCA PELAJAR KURANG BERMINAT MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM



1-KURANG MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA MASYARAKAT
-Masyrakat memandang aktiviti kokurikulum tidak befaedah kepada pelajar dan mereka meletakan keutamaan terhadap pencapaian akademik semata-mata

2-KEKURANGAN PERUTUKAN
-Menyebabkan kegiatan ini hambar dan tidak berjaya menarik minat pelajar untuk terlibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

3-PIHAK SEKOLAH LEBIH MENGUTAMAKAN PRESTASI AKADEMIK
-Hal ini dapat di lihat melalui perhargaan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada pelajar cemerlang dari segi akademik sahaja.

4-MASA YANG TERHAD
-Kesuntukan masa menyebabkan pelajar menjadikan hari cuti mereka untuk mneyiapkan kerja sekolah,oleh itu mereka tidak menyertai aktiviti kokurikulum pada waktu cuti sekolah.

5-KEKURANGAN TENAGA PELATIH DAN PEMIMPIN
-Menyebabkan kegiatan kokurikulum menjadi hambar dan membuang masa.

6-KURANG KESEDARAN PELAJAR TENTANG KEPENTINGAN KOKURIKULUM
-Pelajar menganggap penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulkum hanya memnbuang masa kerana tidak mendatangkan faedah kepada mereka.

NASYIRAH BINTI RAZALI
204267

Wednesday, August 4, 2010

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KO KURIKULUM


KEPENTINGAN PENDIDIKAN KO KURIKULUM

-Menambahkan minat pelajar kepada pelajaran melalui kegiatan kokurikulum yang berkaitan
subjek tertentu.
-Melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas dari segi fizikal dan mental.
-Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan kaum.
-Melatih pelajar-pelajar menjadi pemimpin yang bertanggungjawab.
-Menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar sebagai pemimpin masa depan.
- Melatih pelajar berdikari.
-Melatih pelajar mematuhi disiplin.
-Melatih pelajar mendengar arahan ketua.
-Merapatkan hubungan guru dan pelajar.
-Membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan pergaulan.
-Tidak terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

TENGKU MOHD FAREEZ BIN RAJA HAMZAH
204573

KEBAIKAN KO-KURIKULUM



Antara kebaikannya menyertai ko-kurikulum adalah seperti:

1.Dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan para pelajar.Semangat ini penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur.Hal ini kerana para pelajar bekerjasama dalam satu kumpulan apabila melakukan sesuatu aktiviti.Sebagai contoh,dalam pasukan bola sepak,meraka akan bersatu tidak kira kaum supaya kumpulan mereka memenangi acara tersebut.

2.Kesihatan tubuh badan dan otak juga dapat diperolehi daripada aktiviti kokurikulum ini.Kegiatan sukan ini dapat membina stamina kerana dapat mengeluarkan peluh.Sebagai contoh,permainan badminton dapat menguatkan stamina dan permainan catur dapat merangsang pemikiran para pelajar.Pepatah melayu ada menyebut badan sihat otak cerdas.

3.Kegiatan ko-kurikulum juga dapat menambah daya kepimpinan para pelajar.Hal ini kerana para pelajar akan ditugaskan dalam sesuatu kegiatan dan berusaha melakukan sebaik mungkin.Sebagai contoh para pelajar yang menyertai pertubuhan seperti pengakap,kadet remaja dan sebagainya dapat meminpim kumpulan mereka tersebut.

4.Kegiatan ko-kurikulum juga dapat mengembangkan potensi para pelajar.Hal ini dapat diketahui apabila mereka menyertai kegiatan ko-kurikulum ini.Sebagai contoh,apabila seseorang pelajar itu menyertai sesuatu aktiviti,maka mereka akan melakukan dengan bersungguh demi mencapai kemenagan.Secara tidak langsung kebolehan mereka akan terserlah.

MOHAMAD RUZAINI BIN SHARIFUDDIN
204569

GERAKERJA KOKURIKULUM




Gerakerja kokurikulum adalah gerakerja tarbiyyah yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, berasas dan lanjutan daripada pembelajaran di bilik darjah. Ia bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran, sifat-sifat kepimpinan, sifat-sifat kerjasama, berkhidmat dan lain-lain sifat yang mulia.

Gerakerja kokurikulum adalah terdiri daripada gerakerja tarbiyyah usrah, pasukan pakaian seragam, persatuan, sukan dan lain-lain gerakerja pendidikan yang difikirkan sesuai.

Asas gerakerja ko-kurikulum

Gerakerja kokurikulum adalah berasaskan kepada beberapa faktor :
-Setiap pelajar harus mempunyai perseimbangan antara rohani dan jasmani.
- Semua pelajar boleh dididik dan boleh mendidik diri sendirian rakan-rakan mereka.
-Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
-Mereka wajib diberi kepercayaan, terasa penting dan mampu membuat perubahan.
-Sekolah bertanggungjawab melahirkan pelajar-pelajar yang berwibawa yang
bakal menjadi pemimpin masa depan..
-Masyarakat juga bertanggungjawab bersama-sama memainkan peranan mendidik pelajar.

Objektif am gerakerja kokurikulum
-Menanam dan memberi bekalan untuk menjalankan tugas sebagai ketua.
-Memupuk sifat beradab, bertanggungjawab dan mampu berdikari..
-Mengukuh dan mengayakan pengalaman yang pelajar-pelajar dapat di kelas..
-Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran pelajar-pelajar dalam
bidang- bidang tertentu..
-Memberi pengalaman kepada pelajar bagaimana bergaul, berhubung dan
hidup bermasyarakat..
-Melatih pelajar mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri.

Rujukan daripada Kokurikulum MUSLEH MUQADDIMAH


Muhd Syazwan Bin Ab Ghani
No.matrik 204381

Monday, August 2, 2010

Matlamat Kokurikulum


 

Kokurikulum diwujudkan di setiap peringkat sama ada di sekolah mahupun universiti adalah bertujuan untuk mencapai matlamat yang tertentu.Antaranya:
1.Meningkatkan akademik dan disiplin pelajar
2.Membimbing pelajar dalam aspek kepimpinan,nilai-nilai murni,kependidikan
dan kemasyarakatan
3.Membina integrasi nasional dan jati diri bangsa Malaysia
4.Melahirkan warganegara yang lasak,berdikari,mempunyai ketahanan diri
dari segi mental,emosi dan jasmani
5.Untuk melahirkan individu yang cintakan negara,patuh kepada peraturan
dan undang-undang berlandaskan falsafah Jabatan Tenaga Rakyat dan
rukun negara






Tengku Mohd Zareeq Syazrin Bin Tuan Mohd Zani
204322

Sunday, August 1, 2010

DEFINISI KOKURIKULUM





DEFINISI KOKURIKULUM
"Kegiatan Kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai KEGIATAN KUMPULAN
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses p+p dalam bilik darjah yang memberi murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; seperti dalam Warta Kerajaan, PU (A) 531/97
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut;
a) Penyertaan dalam Sukan dan Permainan
b) Penyertaan dalam Persatuan dan Kelab
c) Penyertaan dalam Pasukan Pakaian Seragam
d) Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan
( Kokurikulum Kebangsaan ) telah memberi difinisi Kokurikulum.
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.
Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) m.s.11



Muhd Nais Bin Che Johari
matrik no.206819