Friday, August 6, 2010

CARA-CARA MENARIK MINAT PELAJAR



1-Pihak sekolah perlulah menjalankan pemantauan terhadap aktiviti kokurikulum dari masa ke masa.
>Pihak sekolah mestilah memastikan aktiviti yang dijalankan mestilah mendatangkan manfaat kepada pelajar.
>Tindakan ini perlu dilakukan kerana banyak aktiviti kokurikulum di sekolah dijalankan bagai melepaskan batuk di tangga
>Pelajar berasa kecewa kerana kegiatan yang dijalankan tidak menarik minat mereka.
> contohnya, pelajar datang ke sekolah hanya bermain bola sepak tanpa bimbingan secara sistematik.
2-Pihak kerajaan perlulah menekankan kepentingan penyertaan kegiatan kokurikulum dalam kalangan pelajar melalui pengenalan sistem pendidikan baharu.
>sistem pendidikan yang tidak hanya mementingkan akademik perlulah diperkenalkan supaya semua murid berminat untuk menyertainya.
>Pelajar akan memberikan tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
> contohnya penglibatan seseorang pelajar dalam bidang kokurikulum perlulah diambil kira semasa seseorang iu memohon untuk kemasukan ke universiti.
3-Pihak sekolah seharusnya menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab yang baharu yang sesuai dengan minat dan kemahiran para pelajar.
> pihak sekolah sepatutnya menjalankan kajian tentang minat pelajar terhadap jenis aktiviti kokurikulum.
> Berusaha untuk membentuk kelab atau persatuan demi kebajikan pelajar.
> Para pelajar akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang diminati.
> Contohnya, pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab komputer untuk pelajar yang meminati bidang teknologi maklumat
4- Pihak swasta boleh meringankan beban pihak kerajaan
> memberikan sumbangan untuk membaiki dan menaik taraf kemudahan yang diperlukan oleh kelab dan persatuan
> Hal ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan untuk dinikmati oleh para pelajar yang menyertai kegiatan kokurikulum.
> contohnya, pihak sekolah bolehlah membina gelanggang tenis yang baru untuk ahli kelab tenis yang semakin bertambah dengan menyumbangkan derma.

NUR FAUZANI BINTI MOKHTAR
204492

3 comments: