Friday, August 6, 2010

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH KOKURIKULUM


1-MENYEDIAKAN SATU JADUAL LEBIH SISTEMATIK
-Pihak sekolah hendaklah menyusun penggunaan alatan mengikut waktu kesenggangan pelajar.
-Pelajar juga dapat mengunakan alatan sukan pada masa lapang mengikut jadual yang ditetapkan.
-Hal ini juga dapat menggalakan pelajar bersukan dan dapat menghidari pelajar daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
2-PIHAK KERAJAAN PERLU MENJADIKAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEBAGAI MATA PELAJARAN WAJIB
- Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum haruslah diambil kira dengan sistem sepuluh peratus dalam permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) .
-Hal ini mampu meningkatkan kadar penyertaan pelajar secara mendadak walaupun pendekatan ini kelihatan bersifat paksaan.
- Dengan ini, pelajar dapat membuang sifat memandang rendah terhadap aktiviti kokurikulum
3-PENGENALAN KEGIATAN KOKURIKULUM DALAM SISTEM PENDIDIKAN BAHARU
-Sistem pendidikan yang tidak hanya mementingkan akademik semata-mata
-Oleh itu,pelajar akan memberi tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
-contohnya, penglibatan seseorang pelajar dalam aktiviti kokurikulum diambil kira semasa seseorang itu memohon untuk kemasukan ke universiti.
4-MASALAH KEWANGAN MENJADI ALASAN PELAJAR TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM
- Peralatan dan pakaian seragam badan beruniform telah membebankan sebilangan pelajar yang kurang berkemampuan.
- Langkah yang paling sesuai bagi mengatasi masalah ini adalah melalui penyediaan insentif serta bantuan kewangan kepada pelajar yang memerlukannya
- Pelajar yang aktif juga boleh diiktiraf melalui pemberian elaun tambahan dalam bentuk biasiswa bagi menarik minat pelajar.

NOR FARAHANA
204552

No comments:

Post a Comment