Wednesday, August 4, 2010

KEBAIKAN KO-KURIKULUM



Antara kebaikannya menyertai ko-kurikulum adalah seperti:

1.Dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan para pelajar.Semangat ini penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur.Hal ini kerana para pelajar bekerjasama dalam satu kumpulan apabila melakukan sesuatu aktiviti.Sebagai contoh,dalam pasukan bola sepak,meraka akan bersatu tidak kira kaum supaya kumpulan mereka memenangi acara tersebut.

2.Kesihatan tubuh badan dan otak juga dapat diperolehi daripada aktiviti kokurikulum ini.Kegiatan sukan ini dapat membina stamina kerana dapat mengeluarkan peluh.Sebagai contoh,permainan badminton dapat menguatkan stamina dan permainan catur dapat merangsang pemikiran para pelajar.Pepatah melayu ada menyebut badan sihat otak cerdas.

3.Kegiatan ko-kurikulum juga dapat menambah daya kepimpinan para pelajar.Hal ini kerana para pelajar akan ditugaskan dalam sesuatu kegiatan dan berusaha melakukan sebaik mungkin.Sebagai contoh para pelajar yang menyertai pertubuhan seperti pengakap,kadet remaja dan sebagainya dapat meminpim kumpulan mereka tersebut.

4.Kegiatan ko-kurikulum juga dapat mengembangkan potensi para pelajar.Hal ini dapat diketahui apabila mereka menyertai kegiatan ko-kurikulum ini.Sebagai contoh,apabila seseorang pelajar itu menyertai sesuatu aktiviti,maka mereka akan melakukan dengan bersungguh demi mencapai kemenagan.Secara tidak langsung kebolehan mereka akan terserlah.

MOHAMAD RUZAINI BIN SHARIFUDDIN
204569

No comments:

Post a Comment